PERMOHONAN LOGO HALAL MALAYSIA:
Pada tahun 2011, sebelum pelancaran produk Hayat Acai Berry pada 5hb Jun 2011, pihak syarikat, Hayat Network Sdn Bhd telah pun berurusan dengan pihak berkaitan Halal di JAIS dan juga Halal Development Corporation (HDC) bagi permohonan sijil Halal Malaysia (yang biasanya dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Negeri-negeri). Ketika itu, kerajaan dalam proses penyeragaman logo Halal di Malaysia dan sedang dalam usaha mengharamkan penggunaan logo Halal dari beberapa pihak swasta di Malaysia. Harap maklum, logo Halal Malaysia hanya WAJIB bagi produk yang dikilang di Malaysia (bagi produk yang diproses).
Setelah dibuat perjumpaan dan perbincangan, pihak berkenaan memberikan kami 2 pilihan proses permohonan Halal:
- Menunggu sehingga tahun 2012 untuk permohonan Halal bagi produk Luar Negara. Ini kerana urusan penyeragaman yang masih dalam perbincangani serta masalah 'Q' pegawai yang perlu dibawa ke luar negara untuk membuat semakan di kilang pemprosesan.
- atau berurusan terus dengan Badan Halal Luar Negara (BHLN) yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh juga rujuk senarai di link berikut, http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf.
Atas nasihat itu, salah seorang pegawai JAKIM memberikan kami alamat 3 pihak yang diiktiraf oleh JAKIM dan kami telah memilih China Islamic Association yang berpusat di Beijing untuk membuat semakan & pemantauan yang digariskan oleh JAKIM. Berdasarkan pegawai JAKIM tersebut, pihak China Islamic Association sentiasa di audit oleh JAKIM.Setelah permohonan dibuat, kami telah mendapat Sijil Halal dari badan berkenaan dengan No. Rujukan (12-011).
Atas faktor itulah, kami telah memperolehi sijil dari Badan Halal Luar Negara (BHLN) yang diiktiraf oleh JAKIM. Alhamdulillah, walaupun di China, terdapat pekerja-pekerja Cina Muslim turut bekerja di situ. Seperti kita sedia maklum, rakyat China yang beragama Islam jauh lebih ramai dari orang Islam di Malaysia namun fakta ini tidaklah sangat diketahui banyak pihak.
InsyaAllah, selaku usahawan Muslim yang mempunyai latar belakang pengajian Islam di Timur tengah (Hj. Hayat Hj. Mohd Nazir, Ijazah Sarjana Muda Syariah, University of Jordan), perkara penting seperti ini tidak samasekali dipandang remeh.
Semoga penjelasan ini memberikan anda kefahaman yang jelas.
Selamat Berpuasa.
Pengurusan,
Hayat Network Sdn Bhd.Pusat Perniagaan Kajang Utama.
hayatnetwork@gmail.com
No comments:
Post a Comment