CLICK CLICK!

Sunday, September 2, 2012

ISU PENDAFTARAN PRODUK HAYAT ACAI BERRY DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ::


Memandangkan ramai juga yang bertanya status pendaftaran dengan Kem Kesihatan Malaysia (KKM), di sini Hayat Network Sdn Bhd (HNSB) kongsikan kronologi pemasaran produk Hayat Acai Berry (HAB). Semoga ia memberikan gambaran jelas tentang status pendaftaran produk HAB dengan Kem Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebelum Hayat Acai Berry di jual dipasaran Malaysia, HNSB selaku syarikt yang beretika, telah berhubung dengan KKM untuk mengetahui prosedur mengimport produk kesihatan ke Malaysia. Atas panduan yang diberikan, HNSB telah menghantar sampel produk ke Kem Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak KKM telah merujuk sampel tersebut kepada Bhg Pharmaseutical (BPFK) di Petaling Jaya serta Bhg Kualiti & Keselamatan Makanan di Putrajaya.

Memandangkan produk HAB ini hanya mengandungi 3 jenis buah dan tanpa ada bahan kimia lain yang boleh dikategorikan sebagai bahan ubatan, pihak KKM telah meminta kami berurusan dengan Bhg Kualiti & Keselamatan Makanan, KKM di Putrajaya.

Setelah diuji, pihak Bhg Kualiti & Keselamatan Makanan mengeluarkan satu surat bertarikh 18hb Mac 2011 dengan no rujukan (60)dlm.KKM-163/S/25 Jld 119. dan mengesahkan produk ini selamat dan boleh dijual. Surat tersebut adalah surat pengkelasan produk dan produk HAB ini dikelaskan sebagai produk makanan kesihatan dan bukannya ubat secara khusus. Dalam surat tersebut dinyatakan kedudukan kandungan produk Hayat Acai Berry seperti berikut:
  • Acai Berry (50%)
  • Blackcurrant (20%)
  • Pear Juice (12.5%)
  • Pure Water (17.5%)
Oleh itu tiada sebab kenapa perlunya hologram serta nombor MAL pada label HAB kerana hologram serta nombor MAL hanya WAJIB diletakkan pada produk dalam kategori UBAT.

Jika terdapat pihak yang masih ragu-ragu, sila hubungi 03-883 3888, Bhg Kualiti & Keselamatan Makanan, Putrajaya untuk bertanya tentang status pendaftaran Hayat Acai Berry.

Seperti yang sedia maklum, Hayat Acai Berry bukanlah sejenis ubat. Ia hanya produk makanan yang berasaskan buah-buahan yang Allah ciptakan dengan pelbagai nutrisi-nutrisi penting yang badan kita perlukan untuk kekal sihat dan stabil. Pemilihan makanan yang betul mampu mengubah tahap kesihatan anda! Sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud, "Penyakit itu datangnya dari perut" juga membawa erti bahawa apa yang kita makan akan menentukan kesihatan dan penyakit kita akan datang.Bermula hari ini, pilihlah makanan yang betul terutama ketika berbuka dibulan Ramadhan ini yang kita sentiasa dikaburi keenakkannya ketika membeli di Bazaar Ramadhan...

Wallahu aklam!

Pengurusan
Hayat Network Sdn Bhd
Pusat Perniagaan Kajang Utama

hayatnetwork@gmail.com

No comments:

Post a Comment